Saturday, January 11, 2014

day 13: 3 in 1..bye c.h.i.n.a

entri day 12...

kenapa tajuk entri ni 3 in 1? sebab nya simple je. aku berada di 3 tempat berbeza dalam satu hari...boleh?
guangzhou.macao.KL! flite malam ni dari macao. ini lah yg terjadi bila beli tiket without proper plan.pengajaran utk aku dan semua. round trip ni memang leceh, bazir duit, masa,tenaga dan seangkatan dengan nya.

sebaiknya, elakkan balik dari tempat yang sama.macam kes aku ni patut balik dari guangzhou je, xpayah nak patah balik macao.tapi dah terbeli tiket layan je la.misi hari ni adalah utk ke macao melalui zhuhai crossing border. check-out hotel dalam kul 12, terus gerak ke gz south railway station utk beli tiket tren ke zhuhai.

keadaan dalam terminal Guangzhou south railway station.luas ok.dari hotel, amik metro terus ke sini.exit dari metro nanti ada signboard ke terminal tren ni.follow je.

sesudah sampai, misi utk mencari kaunter tiket pon bermula. ada je mesin tiket,tapi utk local je,tourist memang kena beli di kaunter sebab nak kena tunjuk passport. masa ni pening gak la nak cari kaunter nya, tapi jgn risau sebab ada je sign board in english.apa lagi follow je la.sori pic tergelap sudaa.cari pintu no.3 utk ke kaunter tiket, yang terletak di bahagian luar stesen.


tiket CRH tren dari guangzhou ke zhuhai crossing border...rmb70@rm35. tren kul 2.40pm.nice. dlm 30 minit je masa menunggu...

finally...it's time to board the train. station ni sangat luas dan banyak platform. jadi make sure tunggu tren di platform yg betul.no.platform ada tertulis di bahagian bawah kanan tiket.tren ni berlepas tepat pada masa nya.no delay ok. make sure jgn terlepas tren sudaa.

keadaan dalam tren sgt bersih dan luas.toilet pon best.jauh beza dgn tren dari guilin-gz aritu.sangat selesa dan yg penting laju..hihi perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 15 minit utk sampai ke zhuhai.babai guangzhou.till we meet again...

tiba di zhuhai north railway station lebih kurang jam 4 ptg. hujan agak lebat disitu.keluar je station, jalan ke kanan terus utk ke Gongbei port.

amik kau...ramai yang amat manusia yg nak masuk berjudi kat macao aka Las Vegas asia ni. nak tak nak kena beratur jugak. nak kena lalu 2 imigresen, keluar guangzhou dan masuk macao.masa diambil utk keluar guangzhou hampir 2 jam. fuhh lama sungguh.kejang kaki aku.nasib la masa nak masuk macao tak lama, dalam 30 minit je sebab nyer banyak kaunter yg disediakan.

dalam proses imigresen hampir 3 jam tu, bertabah je la dgn mata-mata yg memandang seolah-olah kami ni alien yg baru turun dari planet pluto...haha.mau tak pandang, kami berdua je stok yg bertudung dlm lautan manusia itu.sesat.pelik? ke comel sangattt..sampai xpuas pandang?haha

setel imigresen.tengok jam dah kul 7pm.ok santai.flite kul 10pm kot.dari gongbei port ni ke airport lebih kurang 30 minit je.memandangkan kami dah expert dgn bus macao ni, so no worry.hihi.ke laut.expert la sgt.sebab dh over confident sangat, kami dah salah naik bus.ok mula cemas.traffic flow pon heavy coz tengah berlangsung Grand Prix Macao.banyak jalan ditutup.masak. kul 8.30pm still tgh tunggu bas.masa ni memang pasrah je...cuak gak kalo miss flite.haru.


Alhamdullilah.kami sampai airport lebih kurang jam 9.20pm.nasib la airport macao ni kecik je.kalo KLIA aku rasa dah xboleh check-in baggage dah.fuhhh lega.sempat snap F1 car yg ada kat airport ni sebagai simbolik grand prix yg sedang berlangsung.

maka, berakhirlah sudah orient trip selama 13d12n ni.banyak pengalaman yg aku dapat sepanjang trip kali ni.so, macam biasa, aku akan bentangkan bajet utk trip kali ni;

Accomodations; (rm566.50 )
  • Sanva Hotel Macao (rm 77.00/pax) x 2 = rm154
  • USA Hostel, HK (rm74/pax) x 3 = rm222
  • Shenzhen Grand Theater Hostel (rm40/pax) x 1= rm40
  • Fawlty Towers Hotel (rm22.50/pax) x 1= rm22.50
  • Green Forest Hostel (rm25/pax) x 1= rm25
  • Guangzhou Art Hotel (rm51.46/pax) x 2= rm103
 Transportation; (rm725 )
  • return tiket macao-kl-macao: rm320
  • feri macao-HK: hkd 163@ rm81.50
  • Octopus card :rmb 100@rm50
  • bus shenzhen-yangshuo: rmb232@rm 116
  • basikal di yangshuo:rmb10@rm5
  • bus yangshuo-guilin: rmb 20@ rm10
  • tren guilin-guangzhou: rmb115@rm57.50
  • tren GZ-zhuhai: rmb70@rm 35
  • misc tren: rm50
* misc tren: anggaran kasar je.plus minus.sebab kat macao.shenzhen.guangzhuo naik metro guna token,cash.so refer price list tempat mana yg nak pergi ye.aku list kat sini yg major transport je.

Entry fees; (rm702.50 )
  • Panda @macao: mop10@rm5
  • ocean park: hkd270@rm135
  • the peak tram,madame tussaud sky terrace: hkd205@rm102.50
  • ngong ping cable car (crystal cabin): hkd170@rm85
  • disneyland : hkd395@rm197.50
  • windows of the world (WOW):rmb160@rm80
  • moon hill yangshuo: rmb15@rm7.50
  • river cruise yangshuo: rmb90@rm45
  • reed flute cave guilin: rmb90@rm45
 Shopping & foods; (rm... ).ni sendiri mau ingat la.kalo nak bajet makan, bawa bekal secukupnya, nasi goreng,beriani segera sharifah/brahims, maggi wajib,biskut dll.tapi dah sampai china ni, jgn lupa try local food, mee tarik...memang terbaekk.

Total:566.50 +725 +702.50 = RM 1994

MISSION ACCOMPLISHED!! plan budget rm2500!!!so lebih tu apa lagi..S.H.O.P.P.I.N.G !!!!..sapa kata nak travel kena kaya dulu? aku dah buktikan, tunggu apa lagi...let's live to the fullest...jom tempah tiket ke destinasi seterusnya.....yahoo!!
.
.
.
.
till then
xoxo.


6 comments:

  1. Wowwww 13hari trip x sampai 2k murahhh tu betul tu x perlu duit byk klau nk travel tp perlu pandau budget. Cari hotel dan hostel yg murah. Jm suka cara Sai travel mesti polow cara ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama cam jm gak...gini la caranya kalo bajet dah ciput tp gila nak travel...

      Delete
  2. Ok dah abes baca trip overland 13 hari 12 malam ni.

    Tahniah dengan keberanian anda! Saya sukaaaa!!!

    Tengah mencari route untuk overland jugak tapi belum decide lagi mana...**sedih

    Teruskan menulis. Suka baca, verrrrrrrryyyyyyyy much!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terharu ada jugak org nk baca coretan aku yg x seberapa ni...sekadar berkongsi pengalaman...btw thanks jea.
      decide cepat...mmg best overland trip ni...cer try msia-thai-cambodia-vietnam/ vice versa...best gak route tu...happy travel;p

      Delete
  3. Teringin tp xde partner..haha syabas!! Ur trip very the awesome one.. kcuali si david jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg awesome..u should try la..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...