Saturday, November 29, 2014

overland 2014:sour sdei...phnom penh,cambodia! pt.2

sambungan dari entri pt.1...

setel lepak di museum,perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya...

#3: toul tom poung market aka russian market...checked!


tak tahu la mana datang nama russian market.nak kata orang russia yang berniaga, tak jugak.mungkin banyak barang ala-ala mongolia mari kot.mongolia cam dah dekat dengan russia...ok stop.dah melalut banyak ni haha.setakat singgah jenguk apa yang ada kat sini.mood nak bershopping belum datang, maklumlah baru hari pertama kan, check-in pon blom..seperti pasar-pasar lain jugak, macam-macam ada dijual disini.hajat dihati nak rembat fm barang sekeping dua.paling murah aku dapat untuk fridge magnet ialah usd1/pcs.mahal jugak la..seluar aladdin pulak usd 5/pcs.flag patch usd1/pcs.kain cambodia silk 4m usd 11.5/pcs.banyak jugak sempat rembat dalam takde mood nak shopping kan?haha inilah natijahnya bila mulut ni gatal sangat nak tanya harga semua benda.


on the way ke guesthouse,singgah beli tiket minivan nak ke siem reap esok pagi.plan asal nak naik bas je,sebab murah dalam usd7-8/pax.tapi bila dah kena racun dengan orang kat kaunter tu soh beli tiket minivan, aku tewas juga.haha dasar tak tetap pendirian betul la.bagi korang yang nak lagi bajet, sila tetapkan pilihan dengan bas je. tiket minivan ke siem reap usd 15/pax.done.

check-in @velkommen guesthouse, phnom penh;p

gambar waktu malam.sebab lupa nak snap awal-awal.usd 18/n/2pax. katil queen, ok lah..selesa je.dah bersepah sebab lupa jugak nak snap masa mula-mula masuk.owner dia mat salleh yang sangat gentleman dan baik.hensem ke?ntah aku lupa pulak nak snap gambar;p



ad tv pregnant jugak.lcd blom sampai ye.toilet yang super luas dan bersih.satu yang tak best cuma takde kettle dalam bilik.jadi untuk mendapatkan sumber air panas, boleh mintak kat kaunter bawah.satu perkara lagi, sila ambil perhatian...kat sini takde lif!!bagi aku yang bawak bagpack, bukan masalah besar pon nak panjat ke level 4 (padahal dalam hati dah menyumpah;p), tapi kalau mereka yang datang bawak beg troli,memang azab sikit la kot;p

aktiviti lepas check-in adalah membuta..zzzzzzz.konon nak take a nap je la sebelum keluar ke royal palace.haha kita hanya merancang, Allah yang menentukan. bila celik mata dah pukul 5.30 petang!ok royal palace tutup pukul 5 kot.syok kan jenjalan sendiri...time is veryyyy flexible.kehkehkeh;p


tetap keluar jugak walaupon royal palace dah tutup.hajat dihati untuk layan sunset tepi sungai mekong.lawak gila bila aku ingat gambar kat atas ni adalah royal palace.haha beria dok snap gambar.sebab aku nampak macam ramai je dok posing depan bangunan ni.bila ingat balik macam lain je daripada gambaran yang bersarang kat kepala ni..hurmmmm

rileks dulu sambil melayan sunset di sungai mekong.memang nampak cantik dan tenang je dalam gambar..haha realitinya?kenalah datang sendiri kan...

teruskan lagi perjalanan menyusuri sungai mekong dalam misi mencari royal palace yang sebenar...terjumpa pulak gambar raja cambodia yang hensem ni.haruslah snap buat kenangan..hihi tak jauh pon dari guesthouse.jalan terus ke jalan besar, ambil kanan dan terus je.

#4:Royal Palace,Phnom Penh...checked!
entrance fee: usd 3/pax,bawak kamera plus lagi usd 2 @ usd 5 untuk video camera.dapat tengok dari luar pon jadilah kan.haha akhirnya berjaya jugak jumpa palace yang sebenar.masa aku sampai memang lengang dan sunyi.takde pelancong lain dah.guard yang jaga gate depan tu pon boleh pulak dok bargayut cakap tepon.kalau masa lawatan, mungkinkah guard ni macam guard kat london tu, yang memang kaku tanpa perasaan? apa-apa pon, dengan bangganya aku mengistiharkan bahawa 'lengkap' sudah misi sehari aku di phnom penh.muahaha.misi aku, aku punya suka lah kan;p

sesaja snap.takde motif pon atau mungkin sebab langit itu sangat biru?

dah setel cari royal palace, aktiviti malam tu hanya lepak santai makan kuaci sambil tengok gelagat manusia di phnom penh.ada yang sibuk menjaja, beriadah main  sepak bulu ayam yang macam kat ho chi minh tu, mengemis pon ada.ramai je yang lepak tepi sungai mekong ni, sebab kawasan ni memang dibuat khas untuk lepak santai dan beriadah,ala-ala waterfront gitu.kami agak bertuah malam tu sebab dapat tengok persembahan bunga api percuma selama lebih kurang 30 minit.sangat ohsemm. macam kat disneyland HK pulak rasanya.tetiba datang budak kecik minta makanan.aku yang baik hati ni pon apalagi bagi je lah semua kuaci yang ada dengan bekalan coklat dalam bag.nak bagi duit memang tak mampulah kan.

dah takde apa lagi nak makan lagi lepas dah menderma, aku beli air mineral dan oishi lemon dengan penjaja yang lalu lalang kat situ.harga air mineral 500ml lebih kurang khr1000 (riel).1 usd= khr4000.oishi lemon pulak khr3000 sebotol.tengah syok borak,berderet pulak  penjaja
datang.fyi, memang ramai penjaja yang dok menjual air,kacang,roti,payung,keychains dll sekitar waterfront ni.lepas dah berpindah 2-3 tempat sebab rimas dengan penjaja, terus decide balik lepak hotel lagi bagus.boleh kemas apa yang patut untuk ke siem reap pulak.

kawasan sekitar jalan menuju ke guesthouse memang sangat happening.ramai local dok berkelah makan malam, padahal bukan malam minggu pon.mat salleh pulak bersepah dok lepak kat bar-bar yang ada di sepanjang jalan.aku sampai terlajak jalan sebab syok sangat dok tengok gelagat manusia yang bermacam jenis.sampai guesthouse, terus mintak air panas kat kaunter untuk hantar ke bilik.layan kopi panas sebelum tido memang heaven.

sehari di phnom penh, sejuta pengalaman aku bawak pulang.

checked!
.
.
.
till then
xoxo.



















2 comments:

  1. ok la tu bangun jugak kul 5.30 pon. aku dulu tdo dr ptg smpai esok pagi..haha

    tahap kena ripit nih..

    awat pendek nau entry nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha seyes? memang penat sungguh tu...ripit jgn tak ripit
      terkena virus 'm' kot...tu yang terpendek tu...hihi nnt dah sembuh aku kasi panjang sket;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...