Tuesday, November 25, 2014

overland 2014: sour sdei...phnom penh, cambodia! pt.1


sambungan dari entry ni...


11/11/2014: klia2-phnom penh.flight dari klia2 jam 0705.isi arrival card dulu sebelum landing.penerbangan ke phnom penh hanya makan masa lebih kurang 2 jam sahaja.tak sempat nak rasa bosan dalam flight sebab kerja aku tido je.hihi almaklumlah semalaman bergelandangan di airport,tido atas lantai beralaskan karpet. nak jimat punya pasal.ada je capsule hotel kat klia2 tu,level 2 kalau tak silap tapi aku rasa macam tak berbaloi nak stay.so...the choice is yours;p



ah run sure sdei...phnom penh, Cambodia!!! finally landed@ phnom penh international airport at 0750 local time.beza waktu malaysia & phnom penh cuma 1 jam.waktu KL dah 0850.

haruslah cuba basic khmer expressions...baru local kan;p

tuk-tuk ride @phnom penh...checked!

keluar airport,cari tuk-tuk untuk sehari.kenalkan driver tuk-tuk kami, Mr Vong Hoeun (VH).plan asal nak check-in dulu baru jalan-jalan, tapi VH suggest untuk terus ke killing field, sebab tempat tu luar bandar.lepas nego, dapatlah usd20/pax untuk sehari.harga dari airport ke town sahaja, usd7/tuk-tuk.

on the way to killing field.jalan berdebu tak payah nak cerita.malangnya si VH ni tak berapa nak gentle aka concern macam salim..driver JM kat siem reap yang siap bagi face mask..huhu nasib la aku dah bawak face mask sendiri.terus pakai tak nak bukak dah.


#1:Choeung Ek Genosidal Center@Killing Field...checked!

entry fee: usd6/pax.ramai yang dah tahu pon pasal tempat ni.kalau datang ke phnom penh ni, ada 3 tempat je yang wajib singgah...killing field, toul sleng museum & royal palace.jadi destinasi pertama aku adalah ke killing field ni yang terletak di komun Choeng ek,khan Dangkor kira-kira 15km tenggara dari pusat bandar.cuaca panas terik masa aku sampai sini, tapi langit nampak gelap macam ribut taufan bakal melanda,mungkin turut berduka dengan kejadian yang super kejam ini.

fakta ringkas;
  • salah satu kubur terbesar/padang pembunuhan terkenal dari lebih 300 padang pembunuhan lain di cambodia dimana hampir 1.7 juta mangsa dibunuh & ditanam semasa pemerintahan komunis khmer rouge (1975-1979)
  • rejim khmer rouge akan tangkap & bunuh semua orang yang disyaki ada hubungan dengan bekas kerajaan/kerajaan asing & juga para profesional dan intelektual
  • pol pot, pemimpin regim khmer rouge juga dikenali sebagai 'hitler of cambodia'
  • mangsa yang dibunuh, ditanam dalam satu lubang kubur besar
  • untuk jimat peluru, mangsa akan dibunuh menggunakan racun,penyodok atau buluh runcing
  • dalam sesetengah kes, bayi & kanak-kanak dibunuh dengan cara menghempas kepala ke pokok
*rational diorang bunuh bayi/kanak-kanak ni adalah untuk halang diorang daripada membesar dan balas dendam atas kematian ibu bapa masing-masing.

tahupun takut kan.yang ko bunuh mak bapak diorang tu apa kes?aku pon tak faham.

setel bayar entry fees, korang akan dibekalkan dengan pemain audio yang akan menceritakan kejadian pembunuhan di sini.boleh pilih samada nak bahasa melayu ke english.akan ada nombor di setiap lokasi/ check point.tekan nombor kat pemain audio, dia akan ceritakan apa yang dah berlaku kat lokasi tersebut.senang faham walaupun tanpa tour guide. belah kanan tu pulak chankiri tree aka killing tree.digunakan untuk hempas kepala bayi/kanak-kanak.Subhanallah...

keadaan ketika masuk melawat ke sini memang berbeza.aku pon takdelah beria sangat nak snap gambar.ye lah kalo korang pergi mana-mana kubur pon, korang ada amik gambar ke?selfie ke?macam tak kena je kan?semua pelawat juga diminta tidak membuat bising dan menghormati mangsa-mangsa yang terkorban.

lawatan audio akan berakhir di stupa peringatan, tempat di mana jasad mangsa dipelihara dengan penuh hormat.

#2:Tuol Sleng genoside museum...checked!
entry fee:usd3/pax

fakta ringkas;
  • bekas sekolah tinggi Chao Ponhea Yat yang telah ditukar menjadi security prison 21 (S-21) semasa pemerintahan rejim khmer rouge.
  • tuol sleng bermaksud 'hill of the poisonous trees'
  • salah satu daripada kira-kira 150 execution centers di cambodia
  • lebih kurang 20,000 mangsa diseksa dan dibunuh disini

seriau jugak aku nak masuk sini..dengar cerita tempat ni haunted?grrr ada jugak dokumentari berkaitan yang telah dihasilkan pada 2003, 's-21: the khmer rouge killing machine by Rithy Panh.

salah satu bilik penyiksaan.lain macam je rasa bila masuk..haha

faces of victims...

salah satu bangunan daripada 4 bangunan yang dikenali sebagai A,B,C dan D;

  • bangunan A- sel dimana mayat mangsa terakhir ditemui
  • bangunan B- galeri gambar
  • bangunan C- sel-sel kecil menempatkan tahanan
  • bangunan D- memorial yang menempatkan alatan untuk seksaan
ni tempat diorang gantung tahanan, kepala akan dicelup masuk dalam tempayan tu yang berisi air kotor aka air kumbahan ke jamban ke longkang ke semua campur..uwwekk

Cambodia...the kingdom of wonder.akhirnya aku tahu dah kenapa tagline dia macam tu.hoho..sebabnya simple je.. sampai ke sudah pon kita akan keep wondering..why they do that?why...?why...? and why? terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran aku ni bila dah melawat tempat-tempat ni dan malangnya hanya pol pot yang boleh jawab.memandangkan dia pon dah mati, jadi memang tak akan pernah ada jawapan...haha itu pada pendapat peribadi aku la...korang rasa?

.
.
.
till then
xoxo.










4 comments:

  1. Ambil feel baca entry ko walau nak pegi lagi 2 bulan katanye. Kawan aku siap highlight wajib kat list "Genocide Museum". Aku nak tengok siapa akan emo / takut lebih nanti. Memang gerun eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak lama dah tu..takde lah gerun mana pon, cuma ada satu rasa lain macam je bila masuk bilik tahanan tu.hihi aku punye imaginasi je kot yg melampau-lampau..pengaruh tengok cerita serem;p

      Delete
  2. Si salim tu baiknya tiada tandingan..susah nk jumpa org seperti Salim ni tapi dia driver tuk-tuk di Siem Reap lah Sai heeee

    Mmg geram, sedih dan pelbagai perasaan datang semasa ke Killing Field tu terutama semasa tgk video yg memaparkan kekejaman polpot tu...Di Genocide Museum tu pun JM masuk x lama...seram sejuk bila masuk bilik2 kecik dorang kena siksa tu...kwn JM langsung x boleh masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.siem reap eh?alamak suda tukar ka..hihihi beta mohon ampun ya;p
      eh ada tayang video ke masa kat killing field?xde pon!audio dengar cerita ada la
      kan...serem iolls nak dok lama-lama kat museum tu..sekadar jengok kejap je;p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...