Thursday, August 28, 2014

visa ke india


namaste...kali ni aku terpanggil nak buat entri tentang cara nak memohon visa ke India. ya kawan-kawan, sebagai rakyat Malaysia, kita wajib buat visa untuk masuk ke india. aku bagi step by step apa yg patut buat;



  • sila baca dan faham kan tentang jenis visa & fees kat sini http://www.indiavisa.com.my/malay.php
  • lepas tu isi online..pon kat link yang sama
  • fyi untuk nama, sila isi dengan betul. contoh nama Adam Bin Ahmad, so cara isi yg betul adalah    name: Adam, surname: Bin Ahmad.
  • sediakan 2 keping gambar berukuran 2x2 inch, latar belakang PUTIH.
  • setel isi online, jangan lupa print hardcopy, untuk diserahkan di kaunter permohonan visa india.
  • jangan lupa sertakan sekali passport dan juga salinan passport (diorang boleh buat tapi akan dicaj)
  • lampiran yg wajib ada: ikut jenis visa.
macam kes aku, tujuan aku ke sana untuk attend workshop (urusan kerja),tapi jenis visa aku tourist visa, so flight itenary je sudah memadai. bagi yg apply entry visa, kena lampirkan sekali offer letter dari company sana & surat sokongan dari company kita kat msia jugak.

aku apply tourist visa jugak sebab company aku takde bagi surat sokongan. memandangkan aku dah takde masa nak minta surat sokongan tu, aku apply je mana yg boleh.hihi janji boleh masuk india sudah.memang boleh je sebab yg membezakan jenis visa ni adalah durasi masa kita kat negara diorang.kalau setakat nak pergi workshop seminggu tu, boleh je apply tourist visa, sebab tourist visa ni valid sampai 45 hari. kalau entry visa tu valid 6 bulan.

bayar rm50 untuk premium lounge.maksudnya korang tak payah nak susah2 beratur bagai untuk setelkan permohonan.cepat & pantas.20 minit dah setel.hihi sebab boleh claim & masa dah suntuk sangat tu yang aku bayar je, kalo aku punyer sendiri rasanya aku beratur je la smpai petang pon...haha dasar cheapskate.

kaunter permohonan visa india kat Malaysia ni ada 3 kawasan;
  • KL
*dari stesen lrt masjid jamek, keluar lintas jalan ke masjid jamek, jalan je menghala ke bangunan sultan Abdul Samad, melalui dataran merdeka. jalan sampai hujung. visa centre tu kat deretan kedai betul-betul depan bangunan Agro bank, sebelah 7e.
  • Pulau Pinang
  • Johor
* Bermula 1 April 2014, pemohon visa kena hadir sendiri untuk membuat permohonan.tak boleh nak kirim-kirim dah sebabnya kena thumb print.....ye memang leceh sikit bagi yg berada di negeri yang tidak terdapat pejabat visa ni. oleh itu kaunter permohonan pon telah ditambah di;
  • Kuantan
  • Kota Kinabalu
dalam 3 hari bekerja, siapla visa ko kalau takde apa-apa masalah.hantar isnin,rabu dah boleh collect. waktu hantar permohonan 9pg-2ptg setiap hari bekerja.waktu collection visa pula pada hari ketiga selepas permohonan dibuat dari jam 4-6 petang. sesiapa pon boleh tolong collect, bawak je resit g kaunter.


.
.
.
till then
xoxo.


14 comments:

  1. Wah bagus nie..lps nie xdelh terkial2 nk google cara nk mohon visa ke India nie..
    Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Sai..nak ke India pulak dia...tak hajak pung..hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. la nak ikut ke?haha bkn plan euro trip ke taun ni?

      Delete
    2. Sai...sedih..huhhu..sbb member yg jadi partner trip selalu tu..termakan hati sama JM on Jepun trip hari tu..until now dia x tegur JM..sedih...so x jadilah ke Europe thn ni..

      Delete
    3. lorr pulak...nasib blom beli tiket kan?setel dulu then baru plan lg ke europe...hihi xmo sedih2..chill la;p

      Delete
  3. kalau bayar premium lounge tu boleh dapat visa hari yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..nanti tunggu je kat lounge, staff diorang akan setelkan semua...tak payah nak beratur ke kaunter dah

      Delete
  4. salam tuan, untuk Visible identification marks tu nak letak apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada tanda lahir/mark yang memang obvious nmpak kat muka la kot..sebab aritu tak isi pon.. tinggal kosong je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...