Tuesday, March 25, 2014

penyucian jiwa ditanah suci...pt.4

entri pt.3...

13 mac 2014...ceramah agama perjalanan umrah & tahlil

so, sebelum ke kota mekah, aku nak share sikit bila kat madinah ni;

  • datang awal ke masjid untuk dapat tempat selesa...at least 1hr 30min-2hr sebelum masuk waktu
  • masuk masjid tak boleh bawa kamera,nanti polis dia akan check masa nak masuk...sorok2 sikit kalo degil nak bawak jugak
  • jangan beli quran utk wakaf yg dijual merata depan masjid, sebab cetakan dari sumber yang memang  tak di terima di masjid nabawi....korang bawa masuk tak pe, tapi lepas tu petugas masjid akan datang kutip balik dan dibawa keluar ke masjid lain.kalo nak wakaf bincang dengan mutawif masing2...diorang akan tolong beli & wakafkan.
  • sila melontar dengan sepuasnya...sebab kat mekah memang mahal dan tak banyak pilihan..jubah budak kat sini dapat 25sar/pcs..kat mekah mimpi je la paling murah pon 45sar/pcs.perfume,tasbih,kurma dll mmg semua lebih murah di sini...kat mekah dah boleh fokus untuk beribadah je..
  • barang kat jabal uhud lebih murah daripada yg dijual kawasan masjid nabawi
  • kalo nak beli jubah, sila ke kedai hj.rashid, ground floor al-saha shopping center.
tu je dulu..nanti kalo ada lagi aku add on later...


till we meet again...

14 mac 2014...bertolak ke kota makkah al-mukarramah untuk mengerjakan umrah

tamatlah kembara aku di kota madinah selama 5d4n (10-14 mac 2014)...sayu sungguh masa hari terakhir nak meninggalkan kota yang penuh barakah ni...alhamdulillah aku sempat merasa solat jumaat di masjid nabawi, sebelum bertolak ke mekah...walaupon solat luar masjid di bawah pancaran terik sang mentari...hihi

gerak dari hotel jam 2.30 petang waktu madinah...waktu malaysia jam 7.30 malam.perjalanan ke mekah dalam 4-5 jam...singgah di masjid bir ali dulu untuk miqat umrah...masjid ni tak jauh, dalam 20minit je dari hotel...
masjid bir ali...

bagi jemaah dari madinah, disinilah tempat untuk miqat umrah...sampai kat sini terus solat sunat umrah & niat lah umrah...maka bermulalah pantang larang semasa ihram yang 13 itu...
  1. tutup kepala/sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti pakai songkok,serban dll, tapi boleh berteduh bawah pokok atau payung
  2. pakai pakaian bersarung, berjahit bagi lelaki
  3. menutup muka bagi wanita
  4. memakai sarung tangan
  5. memakai bau-bauan pada badan,pakaian,makanan,minuman @ menyedut ke dalam hidung
  6. memakai minyak rambut pada kepala atau janggut
  7. menanggalkan rambut@menghilangkan mana-mana bulu pada badan
  8. mengerat @ membuang kuku
  9. memotong, menebang @ mencabut pokok atau tumbuhan di tanah haram
  10. memburu binatang buruan yang halal dimakan @ membinasakannya sama ada di tanah haram/halal
  11. bersetubuh
  12. melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup,berpeluk yg menaikkan nafsu syahwat
  13. akad nikah sama ada ijab @ qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain
nasi talam..
makan nasi ni secara berjemaah seramai 5 orang.tak cukup 5 orang dia tak kan serve.nasib la kami memang dah berlima. masa ni stop kat r&r untuk makan malam dan solat jamak maghrib & isyak.aku lupa apa nama tempat ni, tapi jemaah yang datang dari madinah menaiki bas memang akan singgah r&r ni. dari sini dah tak jauh dah nak sampai mekah dalam 2 jam perjalanan lagi.


kat mekah kami stay kat hotel ni. sampai mekah jam 10.30pm waktu mekah, 3.30am waktu malaysia...huhu mengantuk & penat gila masa ni, tapi umrah perlu diteruskan, risau kalo lama sangat terikat dengan pantang larang ni kang ada yg kena bayar dam nanti...setel check-in, terus kumpul kat lobi untuk ke masjidil haram....weeee...too excited to feel tired!

best morning ever @ masjidil haram, makkah al-mukaramah!!

DONE!alhamdulillah...syukur...tawaf baitullah 7 keliling, saie 7 pusingan & bertahlul...tepat jam 3.30am waktu mekah @ 8.30 am waktu malaysia,setel umrah kali pertama...yeah..masuk masjid tunggu subuh jam 5.15am...

.
.
.
till then
xoxo.





2 comments:

  1. Alhamdulillah ...byk info yang Sai kongsi...Ya Allah engkau berilah aku peluang utk ke sana jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...Allah akan jemput jm pulak untuk menjadi tetamu-Nya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...