Sunday, February 9, 2014

strawberryland...day1

tapakakiku kali ni menapak ke strawberryland aka cameron highland pulak dah...hehe weekend getaway orang putih cakap.kalo dah kaki jalan tu memang susah der nak berhibernasi dalam rumah je..hujung minggu pon jadi la..hoho trip kali ni ialah sebuah trip jjcm..dan memang aku makan je sepanjang trip ni..santai habis.

nah aku tempek map.kasi clear sikit route aku kali ni.

bagi yang buta geografi tahap dewa, cameron highland ni terletak di negeri Pahang darul makmur.haha perlu ke bagitau ni? tapi xsalahkan...kali ni kami berlima.aku,dr ell,hanis & pqah gerak dari kota bharu petang khamis, 6 feb 2014 lepas kerja dalam kul 6.30 petang.perjalanan lebih kurang 2jam ke Gua Musang.check in @ quarters kawan aku, teacher yatt di Felda Chiku 3, sebelum menyambung perjalanan ke cameron esok pagi nyer sesudah subuh.

dari gua musang ke kg raja-brinchang-tanah rata-ringlet.lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan je.kami tiba di kampung raja cameron lebih kurang kul 10 pagi.

site#1: Cameron Lavender (fee: adult rm5,child rm3)


taman yang cantik...boleh self-pick strawberries & flowers,boleh kunci cinta jugak ala-ala kat namsan tower korea tu,ada castle..pendek kata very nice view la.tepi jalan je menghala ke brinchang.harga teh cameron valley strawberry kat sini mahal.kat pasar malam brinchang dapat 2 kotak rm17 je...

site#2: Cameron Valley- Bharat Tea Estate,Ringlet 
setel kat cameron lavender, terus gerak ke cameron valley tea pulak, tempat tarikan paling hujung dah ni, (refer map di atas) area Ringlet.kalau terus lagi dah masuk tapah.tujuan utama untuk makan scone sambil menikmati keindahan ladang teh yang terbentang hijau...sampai kat sini dah tengahari..agak panas untuk aktiviti photoshoot tgh ladang..so layan scone yg mahal nak mampos...rm 12 kot!!nanges...sumpah ni la utk pertama dan terakhir kalinya....rasa boleh tahan sedap,jadi bertabah je la...

 site#3: Big Red Strawberry Farm

self-pick strawberry pon ada jugek..strawberry kat sini di tanam menggunakan teknik hidroponik

nampak?daun salad yg super segar disitu..my backyard...i wish;p


everyday is cheat day...haha kan aku dah cakap trip kali ni fokus utama adalah M.A.K.A.N!!sumpah dessert kat sini mmg kebaboom..very da yummilicious....sundae,waffle,pancake,yogurt,juice...semua pon berasas kan fresh strawberry..meleleh dah saliva aku saat jemari dok mengetek keyboard ni...uwaaaa bila mau repeat ni.....self-pick flower jugek ada...rm2 sekuntum..kalo rasa banyak sangat duit tu,ko petik la satu ladang pon, xde sape nak marah..

site#4: check in @ Crown Imperial Court Apartment
rate rm299/nite..lokasi apartment belakang petronas, tengah-tengah pekan brinchang.nampak khemah hijau tu?..khemah pasar malam la tu..boleh jalan kaki je g pasar malam...very strategic location indeed.

2nd & 3rd bedroom...

master bedroom...king size okeh.attached with bathroom

 bilik air ada 2 dan both ada heater.jangan risau..hihi mau kejang otak nak mandi kalo xde heater.sejuknyer cam ais.. grrrrr.cozy living room dengan tv flatscreen berastro beyond lagi...nak apa lagi...cer cerita...

dapur pon ada.lengkap dengan microwave, freezer bagai.memang sangat luas untuk kami berlima ni..yahoooo.highly recommended.cuma nak naik parking tu agak tinggi sikit...ye lah nama pon tanah tinggi cameron kan...

site#5: food court brinchang.melantak nasi bagai.asik makan dessert mana tahan der...
site#6: pasar malam brinchang...

nama je pasar malam tapi start kul 3 petang lagi..kat sini memang aku xde nak amik gambar bagai.sibuk cari teh.strawberry.dried strawberry.cactus.makanan utk diner lagi...pendek kata aku bz sangat sampai lupa nak snap sana sini.sama je pon dgn pasar malam kat mana-mana cuma kat sini ko bleh beli strawberry yg bersepah dgn harga murah...

aktiviti malam di cameron...celop-celop strawberry dalam chocolate....yummeh..sambil layan tv dan gajet masing-masing...

thru my window...aku tak tau ada perayaan apa malam tu, ada pertunjukan bunga api x sudah-sudah sampai kul 1 pagi kot...cantik...layan je la.malam tu kami tidur secara berjemaah...hugging2..sebab sejuk..hihi..
.
.
.
till then
xoxo.























4 comments:

  1. Bila sebut Cameron..JM baru balik ...pegi ke sana Ahad lepas on 09/02/2014..sempat ke Red Strawberry Farm dan Tea Hous je for one day..nampaknya perlu pegi lagi coz byk tempat lagi tak concour...nampak perli stay kat sana kan

    Petik straberry tak..JM petik kat ladang tu..RM40 per kilo..manis betulllllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..yeke..kalo awal sikit bleh jumpa kan...x petik pon..beli yg dah siap packing je..hihi malas nak petik bagai...acting utk amik gambr je..

      Delete
  2. nice nya apartment tu.. mcm mana kalau nak booking apartment yg sama? tq

    ReplyDelete
  3. mmg nice & spacious sgtt...hihi dina boleh booking thru booking.com...contact no. uncle tu dah hilang, sebab fon rosak;c..sori sgt, kalau tak mmg dah awal2 lagi tulis kat dlm entri ni...happy holiday;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...