Wednesday, January 29, 2014

memoir in B.A.L.I...day 3

  • water blow @ Nusa dua
  • Padawa beach (idr 3k @ rm0.80)
  • uluwatu (idr 20k @ rm6)
  • wong solo-lunch
  • Deus ex-machine
  • Tanah Lot (idr 30k @ rm9)
  • night life@ Kuta
welcome to Nusa Dua...yang terletak di bahagian selatan timur bali, 40km dari Denpasar. Nusa bermaksud pulau. so this is pulau dua.betol ke?hentam jela...kat sini hotel bertaraf 5 star bersepah.. grand hyatt,conrad,the westin.prepare duit je.scenery memang superb.elok sangat la utk honeymoon..tenang je xserabut cam kat kuta.

batu peringatan penanaman pohon oleh delegasi WTO pada 3 Oktober 1993. Malaysia pon ada, no.60 tu. setiap pokok kat sini ditanda nama negara terlibat.tapi pokok malaysia aku xjumpa pon, yelah luas kot kawasan ni nak jenguk setiap pokok, mau sampai malam kat sini.pon blom tentu jumpa.dah tertulis kat batu ni kira ada la kan.

a path to water blow spot...


water blow @Nusa dua..

before...                                                         after...

sempat la ber water-blow, sebelum hujan yg super lebat mencurah ke bumi. inilah hikmahnyer kenapa susah sangat aku nak sewa motor pagi ni. cuaca tidak menentu rupanya. plan sebenar aku hari ni nak merempit je ke uluwatu dan tanah lot sebab tengok cuaca elok je pagi tu.dah janji kat hotel dari semalam,tetiba pergi nak amik moto xde.cari depan hard rock pon xde.kat poppies lane mahal sangat dia bagi.last-last join trip dengan nad ,mim dan mael jugak. Thank you Allah.

Pandawa beach.entrance fee idr 3k.

on the way ke uluwatu, singgah kejap kat sini.pantai pandawa atau secret beach ni mungkin masih asing dan tidak begitu terkenal cam kuta beach.nama pon secret kan.tapi pantai ni menyimpan sejuta pesona keindahan alam yang belum ter-expose dan terhimpit oleh tebing2 batu kapur. sangat best untuk surfing,kayak dll. aktiviti air.dan yang paling best tak banyak anjing cam kat kuta beach.


finally...we are here @Uluwatu. entrance fee idr 20k. tekun kira uang beribu-ribu.sila bagi perhatian penuh kat notis board biru tu...no.2: beware of monkeyssss ok.harus sebab aku sorang je pakai spec masa ni.nyesal xpakai lens masa ni.tapi aku assume xkan la monyet ni rakus sangat sampai spec aku pon nak rembat kan?

nampak?agung dah siap bawak kayu ok nak protect weolls. agung sangat protective masa ni, sepanjang masa dia kat sebelah aku. risau spec aku kena kebas.aku pon naik rimas. tapi layan jela mungkin dia ada sebab tersendiri...tenkiu agung;p

adoi.terjelepuk pulak anak monyet ni.haha dia ni baby baru nak belajar bertatih.tu yang x berapa nak stabil lagi berjalan.sumpah cute;p
ewah.bun dah macam pendekar bujang terlajak lapuk dah aku tengok..hihi nak masuk sini memang diorang akan bagi kain untuk ikat kat pinggang macam ni sebagai simbolik penyucian katanya.layan je la.korang anggap jela sebagai fesyen, jgn anggap suci jugak kang lain pulak jadinyer.

tapakakiku@Uluwatu...subhanallah kagum dan speechless dengan ciptaan yang Maha Esa. masa ni banyak amik video sebab rasa tenang sangat bila dengar bunyi ombak yang menghempas tebing...

incident 3: di serang monyet @ uluwatu
masa snap pic ni rasa cute je monyet ni.lepas kena serang, sumpah terkedu terus.hilang kata-kata.terkejut beruk aku.punya la berhati-hati dari mula masuk sampai dah keluar.kita hanya merancang Allah yg menentukan aku kena serang jugak akhirnya.masa kena serang ni dah kat luar, nak pulangkan kain ikat pinggang tu.Agung jalan belakang aku masa ni tapi jauh sikit. aku kira dah selamat la masa ni...

tetiba sepantas kilat sang monyet ni datang terus sentap aku punyer spec.dan macam diizinkan je spec aku tanpa sangkut berjaya jatuh ke tangan sang monyet itu.haha nasib baik x calar balar muka aku yg comelicious ni,kalo tak memang see u in court la monyet...Agung kat belakang pon terkejut dan terus berlari untuk menyelamatkan aku...

haha poyo je semua tu aku reka je..tak tau la aku berlari ke tak si agung tu, tapi yes dia datang untuk cuba amik balik spec aku..masa tu pandangan mataku memang blurr sudaa..nasib la monyet tu tak sentap sekali kimera aku..kalo tak memang terkuburlah memoir in bali aku...setakat spec tu aku boleh balik pakai lens kot...

penjual makanan monyet kat situ turut serta membantu.dia campak je makanan kat monyet tu supaya monyet tu bagi balik spec aku...bun yg bagitau aku la, sebab aku memang dah tak nampak apa dan masih trauma masa tu...trauma la sangat kan...akhirnya aku dapat balik spec aku, tapi aku xsure samada agung ke penjual tu yg dapatkan..tenkiu korang..mmuah

setel kat uluwatu,gerak ke wong solo untuk lunch pulak...
kat KL pon berlambak wong solo ni tapi sedikit berbeza dengan kat sini.sambal sini ala-ala sambal belacan gitu dan kicap pedas dia kureng sikit kalo compare yg kat mesia lagi best, pekat dan pedas.so penambah selera nya adalah sambal belacan itu dan bukan sambal kicap nyer.harga pon murah je kat sini. 1 set ayam bakar cuma idr 25k @rm6.90...tapi xde air mineral la.teh botol kat sini mahal sikit, idr 13k @ rm3.60.

setel makan, terus ke epot hantar mael.flite dia kul 7pm balik KL.then gerak ke tanah lot pulak untuk tengok sunset....tapi sebelum tu singgah Deus jap, nak beli t-shirt yg dipesan oleh kawan si nad ni..sejalan je nak ke tanah lot.deus ni area canggu...first time kot aku dengar brand ni..guna waze je cari jalan ke sini sebab agung pon xtau jalan.

mission accomplished!..range t-shirt kat sini dalam idr 350k dan ke atas.


weolls @ tanah lot 

 
magnificent sunset...

from tanah lot with L.O.V.E...

dah puas posing kat sini sambil menikmati keindahan sunset, kami mula mengatur langkah untuk pulang..cewah ayat tak leh blah kan..apa ko ingat aku nak g mana?kecak dance?apa hal pulak aku nak beria tengok dance tu..waktu maghrib pulak tu kan..jangan buat hal la.balik tengok youtube je kalo nak tengok sangat kan.tanpa berlengah Agung terus gerak amik kereta dan......

incident 4: kereta pulak terceplop tanah lembik.
macam-macam hal la.kan aku dah bagitau, trip ni singgah mana pon semua ada incident yg berlaku.tunggu punya tunggu tak sampai2 si agung ni.rasa cam dekat je parking tadi.aku sempat shopping beg bagai sambil menunggu...hari dah makin gelap, kecak dance pon makin rancak..tetiba agung muncul dengan muka sedih..sedih ke? payah nak describe.dia cakap dia dah cuba tapi kereta xboleh gerak...ok kami faham.bukan salah agung pon kan, benda dah nak jadi...

nasib la ada jugak 2 orang pak cik warga emas ni simpati nak tolong.tapi banyak mana sangat la kan kudrat diorang ni...yg lain xguna, semua pon tengok je,xnak tolong langsung...nak tak nak kami bertiga, iron lady from malaysia ni terpaksa mengambil tempat..hihi mim tinggal untuk jaga barang, takut kena kebas pulak.berkat usaha bersama,dengan izin tuhan,we did it!!tuhan nak tunjuk kot,g lawat temple waktu maghrib...surau xde pulak ko nak pergi kan...kalo tengok kecak dance tu aku xtau la musibah apa pulak yg datang...nauzubillah...

kaki masa ni penuh lumpur, agung siap beli air mineral nak cuci kaki...membazir betul..dah cakap x payah pon degil beli jugak.nasib la pak cik tadi tau ada bekalan air bersih kat belakang deretan kedai kat situ.haha satu badan dah busuk gila.tapi on the way balik sempat gak singgah zon bebas cukai, area kuta nak usha kasut sanuk,sebab aku tengok ada sale sampai 70%...tapi malangnyer size pulak takde...

malam terakhir aku di bali, just lepak santai melayan night life area kuta yg memang havoc ni.maklum la malam minggu.sempat singgah bali bomb memorial...


baru jalan kejap pon aku dah serabut dengan bunyi muzik yg kuat sangat...dengan live band yang bersepah.xpayah nak masuk disko ke pub ke.dari luar pon ko boleh dengar dengan jelas. terus aku gerak lepak pantai, lagi best dan tenang.ingat nak sewa motor,tapi dah malam susah nak dapat dah,tunggu pagi je lah...
.
.
till then
xoxo.










2 comments:

  1. ahahah..mcm2 incidentyek..pastu lak monyek terjatuh tu pun kelakar..hamboi Agung protective betul..kalau lah JM dapat pakwe protective mcm tu ..eeee...suka sgt...'gatal kan' heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan...susah nak cari yg protective camtu..teruskan usaha pasti ada terselit jugak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...