Monday, December 2, 2013

day 6:HK-Shenzhen

entri day 5..pt2

guten morgen alle...heute werde ich meine geschichte uber meine fahrt fortsetzen orientieren....huh tetiba rasa cam kat deutchland...haha nak tulis pasal china tapi mood german..apakes?ni la jadinyer kalo dah entri xsudah2..orient trip ni 13d12n...ni baru hari ke-6....sila bertabah disitu..ok berbalik kpd cerita sebenar...semalam di alam fantasi..pagi ni bangun dah kembali ke alam realiti...siap kemas barang, terus check-out utk meneruskan perjalanan mengukur jalan di bumi china ini...helloo S.H.E.N.Z.E.N!!

  • dari stesen TST jalan ke stesen East TST, ikut underground tunnel, naik tren ke Hung Hom stn.
  • sampai Hung Hom, ambil tren ke Lo Wu stn.
*sebelum naik tren ke Lo Wu stn, jgn lupa utk refund octopus card kerana percutian di Hong Kong sudah sampai ke penghujung nyer..

dah sampai Lowu kena la melalui imigresen keluar HK & masuk china pulak..bun dah buat muka penat beratur panjang yang amat daa..sabar je la;p.lepas setel imigresen, jalan keluar bangunan dan cross over the train lines , nampak escalator terus ke kiri & turun bawah untuk ke stesen bas beli tiket sleeping bas ke yangshuo malam besok...kena beli awal takot habis pulak tiket nyer...setel beli tiket terus gerak cari metro nak ke hostel untuk check-in pulak



kat shenzhen ada kad lain untuk naik tren tapi aku tak beli pon sebab tak boleh refund kad macam kat HK..apekejadah nyer pulak kan..dah la kad paling murah 100yuan!!..memandangkan aku kat sini tak lama jadi aku pilih untuk guna token je..senang jugak..duit kecik boleh tukar kat kaunter..sama je macam lrt kat mesia rupa token nyer..jangan lupa minta map laluan tren kat kaunter ye..untuk pedoman jalan-jalan di sini nanti..baru la expert dan nampak macam local kan...hihi


GRAND THEATER HOSTEL SHENZHEN!!
Grand Theater stn exit E-ke kiri, jalan terus melepasi parking lot bangunan tinggi sekeliling tu, jalan ke belakang bangunan tu akan nampak bangunan tinggi across the street dengan pagar hitam bernombor 48.masuk bangunan tu naik ke tingkat 23.hostel di 23A-check-in.

ak tak nak cerita panjang pasal hostel ni & aku sangat-sangat tak rekomen pon untuk korang-korang yang datang sini untuk lepak disini..NO..NO..NO..huhu memang sangat teruk.masa aku sampai nak check-in boleh plak minah cina ni dok sedap landing kat katil ak tak nak bangun?macam siot..

bilik tu ada 2 katil double decker untuk 4 orang..tapi minah tu orang yang ke-5 yang aku tak pasti siapa.. dok menyemak tido kat sofa dalam bilik tu sampai ke sudah..2 orang lagi minah russia kot yang memang pengotor tahap dewa..aku rasa diorang ni dah macam menetap kat sini dan bukan singgah sehari dua macam kami...mungkin student kat sini..tapi memang tak pernah lagi aku tengok hostel yang teruk macam ni... nasib la guy yang kat kaunter tu ok..so aku pejam mata jela..1 malam je kot & the worst nite ever la aku rasa ..totally nightmare!!!so takde pic pon kat sini sebab tak sanggup nak amik sebagai kenangan...

sila jangan tertipu!tengok gambar kat web, memang sangat cantik hostel ni.mungkin kalau korang datang dalam group 4/5 orang boleh dok satu bilik ok la kot.tapi nasihat aku, cari je hostel lain..banyak lagi yang murah dan berbaloi.

next destination: W.O.W

Window of the World-tic 160rmb/rm80- Shi Jie Chuang stn exitI/J. bukak dari kul 9.00am-10.30pm

tempat ni ialah taman replika ikon/tugu tersohor dunia..korang boleh tengok replika yang menjadi ikon sesebuah negara di seluruh dunia..kecuali malaysia..hihi KLCC/KL Tower takde pulak..merlion singapore pon ada ok..huh mode tak puas hati;p replika kat sini di bina berdasarkan 3 ratio iaitu...1:1,1:5 & 1:15 dari saiz sebenar..
terbahagi kepada 6 bahagian;
  • area of Asia: grand palace of thai,gyongbok palace korea,itsukushima shrine japan,angkor wat cambodia,taj mahal india,merlion singapore..dll
  • area of Oceania: sydney opera house,maorish dwelling house
  • area of Europe: buckingham palace,eiffel tower,stonehenge,alhambra spain,notre dame,colosseum,cologne cathedral germany,trump de arc, windmill & tulips holland dll
  • area of Africa: pyramid of giza,african dwelling house,kenyan national park..
  • area of America: niagara falls,mount rushmoore,white house,statue of liberty dll..
  • the sculpture park: alps ice & snow world, sculpture bogel yang artistic sangat..jurassic park..
seperti biasa..map jangan lupa ambil ye masa masuk....ada banyak jugak show yang korang boleh tengok kat sini..tapi fireworks hanya pada hari sabtu,ahad & festival je..sedih..aku datang hari selasa kot;c..so layan je la apa yang ada...

leaning tower of Pisa ..italy

Stonehenge..UK
Eiffel tower..paris

Mahamuni pagoda Mandalay, angkor wat Cambodia, senibina eropah seperti ancient Athens, tower of london yang boleh mengimbau budaya eropah klasik gitu..ada jugak Colosseum,Pyramid, sydney opera house, grand canyon, niagara falls,taj mahal, st.basil russia dll..pendek kata, dalam masa 1 hari je kita boleh explore 1 dunia..hoho menarik jugak la..masa kat sini kamera aku dah habis bateri..so banyak pic yang aku snap pakai fon saja...

lepak sampai malam kat sini sebab nak tengok cultural show..dah setel show gerak ke dongmen shopping street..stn lao jie exit A/E..memang best jugak shopping sini...as always..kena bargain untuk dapat harga murah..dah penat tolong diorang tutup kedai ..masa untuk pulang ke reban...huahuawa balik.pejam mata tido..malas nak fikir dah...esok malam nak ke yangshuo sudaa...yehuu tak sabar dah ni
.
.
.
till then..
xoxo.






2 comments:

  1. Ishh...lama betul JM tak singgah sini rupanya ada buat Orient trip 13hari 12mlm tu..perlu lah JM baca semua entry yg JM terlepas tu..ah...satu hari je di Shenzhen eh..

    Naik bas ke Yangsou..jauh tu berapa lama naik bas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...10 jam naik sleeper bus..tapi mmg layan la...try le...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...